Friday 8 June 2012

Rooney yakin England boleh cabar Euro


skuad Sepanyol berlatih di Gniewino sebagai persiapan akhir Kejohanan Euro 2012 di Warsaw. - AFP
KRAKOW, Poland - Bintang penyerang Manchester United, Wayne Rooney menegaskan, England mampu memberi cabaran serius pada Kejohanan Eropah (Euro) 2012 meskipun skuad bimbingan Roy Hodgson itu dibelenggu krisis kecederaan.
Masalah kecederaan dan penggantungan tonggak utama membayangi England apabila membuka kempen Kumpulan D menentang Perancis, Isnin ini. Malah, Rooney sendiri tidak dapat diturunkan dalam dua perlawanan pertama kerana digantung, sekali gus menimbulkan persoalan sejauh mana The Three Lions mampu melepasi peringkat awal.
Begitupun, Rooney menolak sebarang keraguan yang dilemparkan terhadap pasukannya, yang kehilangan dua pemain tengah berpengalaman, Frank Lampard dan Gareth Barry serta pemain pertahanan, Gary Cahill. Dia sebaliknya menegaskan bahawa mereka telah dipersiapkan dengan sempurna dan bersedia untuk menerima cabaran Perancis.
"Kami sedang berusaha keras dan tiada seorangpun yang patut menganggap peluang kami sudah tertutup. Kadang kala apabila anda kalah, ada yang akan mengangkat tangan tetapi apabila anda melihat semula pasukan kami, saya tidak nampak sebarang alasan mengapa kami tidak boleh menang.
"Kami ada banyak peluang dan saya mengharapkan satu benda besar akan berlaku. Kalau orang lain memandang rendah keupayaan kami, itu hak mereka tetapi kami sendiri kena percaya bahawa kami adalah sebuah pasukan yang cukup bagus untuk layak ke separuh akhir atau akhir, tetapkan sasaran,'' tegas Rooney.
Rooney, yang dianggap calon kapten England pada masa akan datang turut menambah, beberapa perubahan dijangka dilakukan Hodgson pada kempen Euro 2012, namun ia bukan rombakan besar-besaran.
Selain terlepas pertemuan dengan Perancis, Rooney juga disisihkan daripada perlawanan dengan Sweden gara-gara dilayangkan kad merah ketika menentang Montenegro dalam saingan terakhir kelayakan, tahun lalu.
Rooney, 26, yang mula menyinar di pentas antarabangsa menerusi persembahannya di Euro 2004 mengakui, dia masih bernasib baik dibawa bersama pasukan kali ini biarpun hadir bersama penggantungan perlawanan, malah kesal dengan keterlanjuran yang telah berlaku.
"Ia adalah harga yang perlu saya bayar kerana melakukan kesilapan. Ia sudah berlaku dan saya terpaksa menerimanya, apa yang boleh saya lakukan sekarang adalah memastikan diri saya bersedia dalam keadaan terbaik untuk membantu pasukan apabila diperlukan,'' ujarnya.
Pada ketika ramai yang mengkritik pemilihan pemain yang dilakukan oleh Hodgson, Rooney sebaliknya menegaskan, jurulatih veteran itu telah membawa impak hanya selepas membimbing pasukan dalam dua perlawanan.
"Anda boleh nampak, beliau seorang yang amat teliti... sesuatu yang kami kurang dalam skuad England selama ini. Bagus untuk memiliki orang Inggeris membimbing pasukan sendiri,'' katanya. - AFP

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0608&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan_Luar_Negara&pg=sl_02.htm

Polis sedia banteras bookie Euro


Polis sedia banteras bookie Euro
Mohd Bakri
PIHAK polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membanteras sindiket judi membabitkan kejohanan bola sepak Euro 2012 yang akan bermula esok.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, pihaknya sedang memantau laman web dan laman sosial berkaitan.

“Kita memang ada jalankan kerjasama dengan SKMM bagi membanteras perjudian ala bookie itu,” katanya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin sebelum ini berkata, terdapat beberapa individu termasuk orang kenamaan (VIP) di negara ini dikesan menjadi dalang yang menaja sindiket judi bola sepak Euro.

Berdasarkan maklumat awal dan pengamatan menerusi Ops Soga yang dilancarkan polis bagi membanteras jenayah pertaruhan bola pada 1 Mei lalu, Mohd Bakri berkata, individu tersebut telah membuat pelaburan besar untuk menggerakkan operasi berkenaan yang melibatkan keuntungan berbilion ringgit. - Bernama

cresit to : http://www.sinarharian.com.my/sukan/polis-sedia-banteras-bookie-euro-1.54363