KUALA LUMPUR, (Arena.my) - Sabah tetap berpuas hati dengan kejayaan membawa pulang satu mata di tempat lawan dalam pertemuan Liga Super dengan Negeri Sembilan.
Pengendali skuad dari Borneo itu, Justin Ganai berpendapat anak buahnya telah melaksanakan misi sukar selepas ketinggalan dengan dua gol.
"Memang bukan senang untuk mendapatkan gol di tempat lawan.
"Pemain Sabah pula tidak berputus asa dan sebaliknya kami hampir-hampir meraih kemenangan," jelas beliau.
Dalam perlawanan malam tadi, Negeri Sembilan mendahului menerusi jaringan Jean-Emmanuel Effa Owona pada minit ke-54 dan Shukor Adan (m58). Namun Sabah bangkit juga menerusi gol pantas sumbangan Sharudin Yaakob (m75) dan tandukan Ronny Harun berselang tiga minit kemudian.
.jpg)
No comments:
Post a Comment